Apa ada dengan E.C.P.I.?

Apa ada dengan E.C.P.I.?
Untuk Keterangan Lanjut ---> 019-2252881 ATAU mjhanni@gmail.com

Wednesday, December 23, 2009

Memang Loyar lah Loyar...

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase.

Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah. Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar.

Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh. Mamat pong ketok pitu masok.

Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.

“I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir. Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat.

“Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang! Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo!

Orang jamang lenim kata “kantoi”...

Sunday, September 20, 2009

Raya ke tidak?...

Sesungguhnya raya tahun ini paling memenatkan buat aku & keluarga, apa tidaknya, kenduri kahwin adik ku sudah masuk 3 hari 3 malam. Memang tak ada suasana hari raya...

18 September 2009, tepat jam 4:30am aku dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke kampung halaman (melalui Jalan Pantai). Kebiasaannya kami pulang ke kampung melalui Gua Musang, atau pada musim perayaan, melalui Simpang Pulai - Lojing. Raya tahun ni aku nak kan kelainan, dengan pulang ke kampung secara "santai" sambil menikmati keindahan pantai di sepanjang perjalanan. Perancangan asal, kami akan bertolak selepas solat Jumaat dan singgah bermalam di Kuala Terengganu serta shopping di Pasar Payang, sebelum meneruskan perjalanan pulang keesokan harinya. Perancangan kami berubah sebaik KPM memberikan cuti khas persekolahan. Hajat untuk bermalam di K.T. dibatalkan...

19 September 2009, pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah memulakan persiapan bagi mengadakan majlis berbuka puasa bagi menyambut serta meraikan rombongan pengantin lelaki dari Kuala Lumpur. 4 batang kaki lembu (sup) & 10 ekor ayam (goreng) antara menu yang kami sediakan untuk para tetamu. Sementara keluargaku sibuk membuat persediaan memasak, aku dan isteri ke bandar bagi membeli alatan / bahan-bahan keperluan untuk kenduri kahwin. Menu yang kami sediakan disapu bersih oleh rombongan seramai 50 orang. Majlis berbuka puasa dah meriah macam kenduri kahwin, tak tahu la majlis akad nikah malam esok macam mana...

20 September 2009, raya tahun ni tak macam kebiasaan. Tiada ketupat, rendang serta tapai beras yang terhidang di meja makan untuk sarapan. Persiapan raya tahun ini digantikan dengan persiapan untuk kenduri. Kebiasannya, selepas sembahyang rumah kami akan dikerumuni tetamu sebaik turun dari Masjid, tetapi tahun ini, lepas sahaja sembahyang raya aku dan adik beradik sibuk melapah kambing untuk dibuat lauk majlis akan nikah sebelah malamnya. Macam Raya Korban lak rasanya...

Esok (Raya ke-2), acara kemuncak, Majlis Perkahwinan bakal berlangsung di rumah ku. Lusa (Raya ke-3) sepupuku pula kawin (berarak), sebelum kenduri pula dirumahnya pada keesokan harinya (Raya ke-4). Hari Raya ke-5, sepupu sebelah isteriku pun kenduri kawin.

Raya ke-6 kami nekad untuk pulang ke Kuala Lumpur...